Friday, November 26, 2010

ANNIVERSARY CHOC BOX N LOLYCHOC

Order dari Pn Norazlin dari UKM juga untuk anniversary anak agaknya. Bertema kan warna merah. Semuga kedua pasangan APIT & ALIN dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, berbahagia selalu dan dpanjangkan jodoh hingga ke akhir hayat, AMIN. Terima kasih Pn Norazlin kerana order dari saya ya. .....Kalau tdapat sebarang kekurangan, maaf banyak2 .....Klu rasa puas hati, lain kali boleh lah order lagi.







CHOC FOR HANTARAN PERTUNANGAN

Ini pula buah tangan dari saya untuk dijadikan Hantaran Pertunangan sepupu yg tinggal di Taman Pinggiran Senawang yg berlangsung pada 27/11/2010. Finished productnya tak da photo lagi sbb gubahan terakhir dibuat oleh Ibu sedara ku (Ibu Zan) - ibu bakal pengantin kecik (pandai2 aja mderhakan bahasa kan.....). Apa pun 'SELAMAT BERTUNANG AYIE & IRRA'. Semuga cepat2 bnikah ya sbb mak2 sedara n kakak2 spupu dah ramai yg mnuju ke alam remaja, nanti tak larat kami nak 'rewang'........




Yg dalam kotak tu pula besday present advance untuk sikecik Mila Usop (Syeeda) pd 3/12/2010 nanti tapi dsebabkan anak dara kecik saya ni tak dpt nak bsama  utk celebrate besday mak sedara kecik @ geng terakrab dia tu yg awal2 lagi dah beri present. So kak long pun nak ucapkan "HEPI BESDAY'  jugak lah in-advance utk Syeeda.... klu nak choc lagi datang rumah wokey.....

**Untuk pengetahuan semua, coklat2 tu semuanya anak dara kecik saya yg buat. sibuk sangat nak buat untuk diberikan pada ayah sedaranya untuk dibuat Hantaran Pertunangan (tapi tak pandai nak panggil pak long, sedap juga panggil Along Ayie katanya, standard lah anak2 srang, tak glamour klu panggil pangkat ayah sedara, malu lah  pulak...)

CHOC BOX

Chocolate Box yg ini order dari Pn Nurul Ainny , UKM  pd 25/11/2010 untuk besday present for someone special kot. Tak da tema colour apa2 so buat lah yg colourful sbb yg punya besday tu masih muda trang tang tang.... biarlah ceria sikit kan. Anyway, tq ya Pn Nurul kerana sudi order dgn akak. Untuk besday tahun depan boleh  lah order lagi....kwang,kwang,kwang.....





Tapi maaf lah Pn Nurul, the finished product tlupa pulak nak snap photo. Dah masuk dalam kotak terus aja gi hantar petang tu......maaf byk2 ya.

Tuesday, November 23, 2010

hubby besday cake

23/11........Ni husband punya besday cake. Cake dibake oleh saya tapi di deco oleh anak perempuan besar saya sbb ibunya tak free hari ni ada hal kat KL. Ini adalah fully cheese cake dengan choc ganache serta buttercream untuk hiasannya. Selalu buatkan untuk customer order  aja so bila time family punya special day tpaksa lah layan jugak walau masa tak mgizinkan waktu tu...nasib baik ada anak dara tlg layan kan......


LOLYCHOC ORDER

Lolychoc ini order dari Jabatan Perkhidmatan UKM (kalau tak silap lah ya......) sebanyak 30 batang untuk dibahagi2kan kepada staff mereka.




YANG INI MUFFIN LAGI.....

Order dari Pn Salwa untuk kenduri Cukur Jambul anaknya. Request untuk dipackkan dalam 2 bentuk packing. Terima kasih byk2 ya Pn Salwa sbb order dengan saya. Semuga majlis bjalan dengan lancar...Amin...
** Actually Pn salwa juga ada order 150 batang lolychoc untuk majlis ni tapi maaf lah Pn Salwa terlupa nak snap gambarnya sebab dah kalut kena cari muffin tray tu. Lolychoc tu dah disiapkan awal n dah masuk kotak tu yang terlupa nak ambik gambar tu....


Muffin dengan berbagai filling yg telah siap dimasak menunggu sejuk untuk dipacking.


 Yang telah siap dipacking dalam individual plastic bag sebanyak 150 biji.


 Muffin yg dipack dalam plastik bag dalam bentuk sebiji-sebiji.



Ini pula yang telah siap dipack dalam plastic tray sebanyak 400 biji. Nak jadi cerita, pukul 6 pagi pada 18hb November tu, tpaksa ikut husband g kerja sebab nak kena cari plastic tray ni kat KL. Order dari tempat yg selalu tu tak sampai-sampai, so tpaksa lah g KL. Nasib baik kat KL ada stock. alhamdullilah, akhirnya dapat disiapkan before lunch tapi dengan bantuan husband dan adik Nurul UKM yg kebetulan datang nak ambil order untuk hari tu.



Ini lah rupanya plastik tray yg buat saya hilang nafas sekejap sbb kedai biasa saya order stock tak sampai.....

CHOCOLATE PULAK YA....

Chocolate-chocolate ini order dari staff GIANT Nilai. terima kasih adik-adik terutamanya pada Reza yg tolong ambikkan order.....


Choc praline bentuk strawberry filling strawberry di dalamnya.




Lolychoc berbentuk kepala bear. Ini lolychoc oreo actually...



Praline berbagai bentukdan filling.






Choc Oreo dengan edible image dan corak bunga-bungaan


MUFFIN..MUFFIN...MUFFIN....


 Yang ini adalah muffin yg telah dipack dalam kotak dan juga plastic tray. Yang dalam kotak tu adalah order dari individu dalam bentuk loose.... Yang dalam plastic tray itu adalah order dari Freshly Baked & Coffee, ERL Salak Tinggi.



 Contoh muffin dalam individual plastic bag packaging. Order sebanyak 200 biji dari staff UKM , Pn Hidayah. Terima kasih Hidayah sebab selalu order dari kakak ya.....


 Muffin dalam individual plastic bag packing.



Ready for delivery......ahak2x....

CHEESE TART

Ini lah sebahagian cheese tart yg telah siap dimasak dan tunggu untuk dipacking. Order dari jiran untuk jamuan di rumah nya.




Ni gambar masa g belajar wat cheese tart. Sekarang dah boleh buat cheese tart sendiri. Boleh order kalau nak rasa..... terima kasih pada sifu yg memberi tunjuk ajar ya......